Hos sibuk tanya pasal janda, majlis ilmu di Kelantan jadi bualan. Hos sibuk tanya pasal janda, majlis ilmu di Kelantan jadi bualan. Apabila berada di dalam majlis ilmu, bukan sahaja adab, malah pertuturan juga perlu dijaga.
Namun, sebuah program ceramah di Kelantan terjadi sebaliknya pula selepas seorang lelaki yang juga merupakan hos di dalam program itu ‘merosakkan’ suasana majlis ilmu berkenaan.
Menerusi sorotan yang dikongsi di Twitter, salah seorang penonton yang hadir telah dipanggil ke depan apabila dia ingin bertanya tentang ibu susuan Nabi.
— Amende Sial? (@amende_sial) October 13, 2022
Belum pun sempat penceramah menjawab soalan itu, hos berbaju Melayu kuning keemasan itu lantas bertanya kepada penonton lelaki tersebut andai dia minat dengan wanita berstatus janda.
Meskipun niatnya mungkin berseloroh, namun lain pula tanggapan penonton apabila perkara tersebut dijadikan bahan gurauan di dalam majlis ilmu seperti itu.
Tak dinafikan, ramai sinis dengan situasi tersebut yang mana sekaligus menjadi bualan netizen.
Turut baca :
- Gempar !!! Puteri Mahkota Belanda berdepan ancaman culik
- Baby Shima perli PU dan Ustazah ‘Online’, anggap pendakwah diam diri kes amang seksual
Leave a Reply