{VIDEO} Hidup ini keras… ‘Boikot saya tak pe, jangan boikot miskin tegar’

Hidup ini keras… ‘Boikot saya tak pe, jangan boikot miskin tegar’

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dalam satu hantaran semalam menyindir seorang individu yang memuat naik kenyataan menyeru orang ramai untuk memboikot program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR).

Menurut Rafizi, tindakan individu tersebut tidak sepatutnya berlaku kerana program IPR merupakan satu inisiatif kerajaan dalam membantu orang susah di negara ini.

“Ada yang suruh boikot program IPR supaya bankrap program ini. Boikot saya tak pe, itu tak ada hal sebab memang fahaman politik kita berbeza.

“Jangan boikot miskin tegar dan keluarga berpendapatan rendah yang mendapat manfaat dari IPR. Membantu orang susah itu satu kewajipan dalam Islam, kalau kita tidak boleh sedekah terus, kita bantu dengan beli jualan mereka.

“Hidup ni keras dik, kalau selalu sakit hati, nanti cepat mati,” katanya.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*