{VIDEO} ‘Hari Kemerdekaan 2024’ : Ramai ‘berkampung’ di Putrajaya

Orang ramai mula berkampung di Putrajaya seawal pukul 8 malam tadi bagi menyaksikan perarakan sempena Hari Kemerdekaan hari semalam.

Menerusi beberapa klip video yang dikongsi di laman media sosial, kelihatan orang ramai sanggup memasang khemah, membentang tikar di sekitar laluan perarakan pagi nanti.

Malah, ada yang turut membawa ahli keluarga ‘berkampung’ di kawasan berkenaan bagi mendapatkan ‘view’ yang jelas untuk menyaksikan perarakan esok.

Difahamkan, selain menyaksikan perarakan esok, orang ramai juga sedang menunggu kemungkinan ada pertunjukkan bunga api di sekitar Dataran Putrajaya tengah malam.

“Rakyat Malaysia sudah mula berkampung di dataran Putrajaya untuk menanti sambutan hari kemerdekaan,”tulis Malaysia Networks di laman Facebooknya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna mendakwa orang ramai mula berkumpul di sekitar kawasan Dataran Putrajaya seawal pukul 6 petang lagi.

“Pukul enam petang semalam pun dah ada yang ‘cop’ tempat dan pasang khemah di situ untuk mendapatkan ‘view’ menarik,”kata Hafiz Shah.

Turut meninggalkan komen adalah seorang pengguna dikenali sebagai Nor Fadilah Abd Manap.

“Meriahnya, seronok tengok. Semoga dipermudahkan segala urusan,”tulisnya

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*