{VIDEO} Harga nasi lemak di Terengganu cecah RM410 undang perbualan netizen

Nasi Lemak merupakan salah satu sarapan pagi yang menjadi pilihan rakyat Malaysia kerana rasanya yang sedap dan juga mengenyangkan.

Namun, ramai peniaga kini lebih suka memvariasikan lauk-pauk untuk dimakan bersama nasi lemak selain telur goreng atau sambal paru.

Baru-baru ini, tular di aplikasi TikTok satu video yang memaparkan pelanggannya membeli nasi lemak sehingga berharga RM410 yang telah mengundang perbualan netizen.

Menerusi akaun @juraidamamad2, wanita yang dikenali sebagai Umi Nasi Lemak itu membungkus nasi lemak untuk dua orang pelanggannya

Difahamkan, pelanggannya itu memesan tujuh bungkus nasi lemak, dua ekor lobster, 2 ekor sotong bersaiz besar, tiga ekor udang, telur ikan, telur puyuh dan dua ketul ayam goreng.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen merasakan harga yang dikenakan untuk lobster tersebut berpatutan kerana sedia maklum harga lobster sememangnya mahal.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*