Polis giat menjalankan operasi memburu suspek yang terlibat dalam insiden serangan bersenjatakan parang ke atas seorang lelaki di sebuah rumah di Jalan Coldstream Buntong, Kampung Baru Buntong, di sini awal pagi Rabu lalu.
Insiden itu yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) kemudian tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata dalam kejadian jam 2.55 pagi itu suspek yang bersenjatakan parang tiba-tiba memberhentikan keretanya di depan rumah mangsa sebelum keluar sambil menghulurkan sebilah parang.
Polis giat menjalankan operasi memburu suspek yang terlibat dalam insiden serangan bersenjatakan parang ke atas seorang lelaki di sebuah rumah di Jalan Coldstream Buntong, Kampung Baru Buntong, di Ipoh, awal pagi Rabu lalu.
Sumber video tular pic.twitter.com/yjJFzYzjvE
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) May 24, 2024
Suspek bagaimanapun hanya sempat meragut seutas rantai emas yang dipakai mangsa sebelum kembali semula ke keretanya selepas mengetahui bahawa perbuatannya itu disedari penghuni di dalam rumah berkenaan.
Suspek sempat melarikan diri walaupun beberapa lelaki dari rumah berkenaan termasuk mangsa turut mengeluarkan parang mereka.
Tambah Abang Zainal Abidin, polis sudah menjumpai kereta yang digunakan suspek dalam kejadian itu yang ditinggalkan di sebuah lorong di kawasan berkenaan.
Katanya, laporan berkaitan kejadian dibuat sendiri oleh mangsa yang juga peniaga berumur 30 tahun pada kira-kira jam 4.13 pagi hari sama, kurang dua jam selepas kejadian.
“Siasatan polis melalui rakaman CCTV mendapati suspek adalah lelaki disyaki berbangsa India, memakai topi dan pelitup muka warna hitam,” katanya.
Turut baca :
Leave a Reply