{VIDEO} “Hantar balai terus…” Disyaki cuba buat benda tak senonoh, remaja dikepong orang kampung

Tular di media sosial hari ini sebuah video menyaksikan pertelingkahan yang berlaku membabitkan sekumpulan dewasa dengan seorang remaja lelaki di sebuah kawasan perkampungan.

Menerusi perkongsian di Twitter, difahamkan remaja lelaki berusia 13 tahun itu didakwa cuba melakukan sesuatu yang tidak senonoh terhadap seorang remaja perempuan.

Bagaimanapun, perbuatannya sempat dibongkar orang kampung menyebabkan dia ‘dikepung’ dan nangis apabila ‘dikasari’ oleh mereka yang rata-ratanya ingin melampiaskan amarah.

Selain itu, remaja terbabit juga diterajang oleh seorang lelaki sambil disaksikan beberapa individu lain.

Bagaimanapun, warganet kurang bersetuju dengan tindakan mereka yang dianggap keterlaluan.

Menurut mereka, adalah sebaiknya jika masalah tersebut dibawa kepada pihak yang sepatutnya sebelum perkara lain pula yang berlaku.

Namun begitu, masih tiada sebarang info lengkap berhubung insiden tersebut, baik dari ahli keluarga remaja terbabit, orang kampung, mahupun pihak polis.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*