{VIDEO} Goncang motosikal ketika isi minyak undang padah, rider hampir disambar api tangki terbakar

Goncang motosikal ketika isi minyak undang padah, rider hampir disambar api tangki terbakar

Seorang penunggang motosikal berdepan dengan detik cemas selepas motor yang ditunggangnya terbakar di sebuah stesen minyak di Indonesia baru-baru ini.

Melalui satu video tular yang dimuat naik di laman Twitter (X) pada Isnin, difahamkan kejadian itu sebenarnya berlaku di Tlogomas, Malang, Jawa Timur, Indonesia pada 18 Jun lalu.

Memetik laporan media antarabangsa CNN Indonesia, punca sebenar motosikal mangsa terbakar kerana tindakannya yang menggoncang motosikal ketika sedang mengisi minyak.

Dalam video tular tersebut, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Vixion dilihat sedang mengisi minyak sambil menggoyang-goyangkan tangki motosikalnya.

Ketika kejadian, lampu motosikal tersebut juga kelihatan masih menyala.

Motosikal itu kemudiannya dilihat tiba-tiba terbakar di bahagian tangki dan mangsa terus melompat meninggalkan motosikalnya.

Namun, kebakaran itu berjaya dikawal kakitangan stesen minyak tersebut dan mangsa hanya mengalami kecederaan ringan.

Dalam perkembangan lain, Pengurus Komunikasi, Perhubungan Awam & CSR Pertamina Patra Niaga Regional Jawa Barat, Eko Kristiawan tampil memberi nasihat kepada orang awam untuk tidak menggoyangkan motosikal ketika mengisi minyak.

“Menggoyangkan motosikal sebenarnya tidak mempunyai kelebihan dan tindakan itu yang konon-kononnya untuk mendapatkan lebih minyak atau menghilangkan gas dalam tangki adalah satu mitos.

“Menggoyangkan motosikal atau kereta ketika mengisi minyak sebenarnya dapat mencetuskan kebakaran.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*