{VIDEO} Geng rempit buat ‘onar’ angkut motor masuk tandas awam di Bintulu

AKSI sekumpulan penunggang motosikal membuat bising di kawasan tandas awam di Bintulu, Sarawak baru-baru ini mengundang keberangan dan kebimbangan orang ramai.

Ia selepas tularnya sebuah video di media sosial sejak Selasa yang memaparkan kesemua penunggang terdiri daripada kalangan remaja lelaki.

Dalam video tersebut, mereka dilihat membunyikan ekzos motosikal dengan kuat dan membawa motosikalnya ke dalam tandas awam tersebut.

Tindakan itu sekali gus membuatkan rata-rata warga maya tidak berpuas hati kerana bimbang berlakunya aktiviti vandalisme atau merosakkan harta benda awam.

“Dah cantik-cantik tandas dibuat, disebabkan mereka, kemudahan tak akan bertahan lama. Entah apalah dalam otak mereka ini,” tulis @update11111.

Melihat keadaan anak muda yang bertindak di luar kawalan itu, pengguna akaun Facebook Hafiz Aliff menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan wajar terhadap mereka sebagai pengajaran buat masyarakat lain.

“Minta beli motosikal untuk turun menuntut ilmu (tapi tidak dibuat sebegitu). Motosikal pakai untuk buat perkara salah. Sayangnya kudrat muda ini dibiarkan lalai.

“Kemudahan yang dah disediakan diperlakukan seperti tiada akal waras daripada anak-anak muda di dalam video ini.

“Moga ada yang ditangkap dan diberikan pengajaran baik agar dapat jadi satu iktibar buat mereka suatu hari nanti. Moga keadilan dapat ditegakkan dan mereka mendapat pengajaran setimpal,” katanya.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*