Gara-gara kereta kena ‘clamp’, pemilik kenderaan bertindak di luar kawalan.
Semua masalah yang terjadi boleh dibawa bincang, namun pemilik kenderaan Honda CRV ini lebih memilih untuk bertindak di luar kawalan.
Menerusi perkongsian saberiisa15, menyaksikan pertelingkahan yang berlaku melibatkan seorang lelaki dengan dua orang pengawal keselamatan wanita di sebuah tempat letak kereta.
Pemilik kenderaan itu sepertinya enggan memanjangkan isu yang berlaku, dia kemudian masuk ke dalam kereta dan nekad memandu kenderaannya dalam keadaan tayar di ‘clamp’ oleh pihak pengurusan tempat tersebut.
Tindakan berani lelaki itu meninggalkan pelbagai respon dalam kalangan warganet yang beranggapan bahawa dia seorang lelaki yang ego.
Leave a Reply