Gara-gara cemburu, seorang lelaki dilihat mengamuk dengan memukul dan menendang bekas isterinya di sebuah kedai dobi yang terletak di di Wisma Asri, Bekasi Utara, Kota Bekasi, Indonesia baru-baru ini.
Dalam kejadian yang berlaku pada Sabtu lalu, suspek yang hanya dikenali sebagai NA, 47 tahun bertindak demikian kerana cemburu melihat mangsa bersama seorang lelaki.
Difahamkan lelaki tersebut merupakan rakan sekerja mangsa dan kedua-duanya bekerja di kedai dobi tersebut.
Memetik laporan media antarabangsa, SolusiHarian.Com, mangsa yang dikenali sebagai RM, 47 tahun ketika dihubungi berkata, bekas suaminya itu secara tiba-tiba datang ke premis tersebut dalam keadaan emosi dan marah.
“Dia seorang yang panas baran dan selalu mengasari saya kalau ada masalah. Kami telah bercerai sejak 28 Ogos lalu,” katanya.
Melalui rakaman kamera litar televisyen tertutup (CCTV), suspek dilihat menendang dan memukul mangsa berkali-kali.
Bekas suaminya itu bertindak lebih ganas selepas rakan lelaki mangsa dilihat beredar daripada premis tersebut.
Malah, suspek yang bekerja sebagai pemandu e-hailing turut mengugut mangsa dengan menggunakan senjata tajam.
Namun, setakat berita ini ditulis, mangsa tidak berani melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis kerana takut dicederakan bekas suaminya itu.
Leave a Reply