{VIDEO} Gara-gara buntu cari kerja, leleki ‘tahan’ MPV polis untuk jual jam

Gara-gara buntu mencari pekerjaan, seorang lelaki terpaksa menahan kereta peronda polis (MPV) bagi meminta bantuan untuk menjual jam kesayangan.

Menerusi perkongsian di laman sosial, bapa kepada dua orang anak itu bertindak demikian demi mendapatkan sedikit wang untuk keluarganya.

Berdasarkan klip video yang dikongsi di aplikasi FandyFiera itu, lelaki berkenaan telah menawarkan jam yang dibeli pada harga hampir RM500 dan hanya mahu menjualnya RM100.

“Saya dari pagi sampai petang cari kerja tak jumpa abang. Apa kerja pun saya boleh bikin, tapi tak ada satu kedai pun kasi kerja,”luah lelaki terbabit kepada salah seorang anggota polis.

Menurut anggota terbabit, hasil temubual bersama lelaki itu, dia mempunyai masalah kesihatan dan dia amat memerlukan wang untuk membeli barangan keperluan untuk anaknya yang berusia 12 dan 16 tahun.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan pelbagai reaksi dan mereka bersimpati demgan nasib lelaki terbabit.

Baca juga :

Murid darjah empat ditampar, ditumbuk cikgu hingga lebam di muka

Seorang maut, 2 rakan cedera Myvi rempuh pembahagi plaza tol

Laku kelucahan melampau terhadap remaja, PU Azman dipenjara 14 bulan

“Macam saya dan suami, suami diberhentikan kerja,memamg tengah tiada duit langsung tapi kena beli beras, tebalkan muka pergi pejabat zakat minta bantuan, buang semua rasa malu demi anak-anak,”kata @EykaTieka.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai @Team_Jebat.

“Tak semua orang nasib sama, masing-masing hidup, masing-masing dugaan. Allah gugur air mata aku, sebab aku pun rasa benda sama tapi jalan cerita tak sama dengan abang tu,”ujarnya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*