{VIDEO} Gara-gara bertikam lidah, lelaki parah dipukul depan kelab malam

Gara-gara bertikam lidah dengan seorang kenalan di sebuah pusat hiburan di Taman Nusa Bestari, Skudai di sini menyebabkan seorang lelaki dipukul oleh sekumpulan lelaki, pagi semalam.

Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 4 pagi, mangsa yang berusia dalam lingkungan 20-an itu hanya mengalami kecederaan ringan.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, kejadian bermula akibat pergaduhan mulut antara mangsa dengan dua orang suspek ketika berada dalam premis tersebut.

Beliau berkata, pergaduhan antara mangsa dan dua suspek yang merupakan kenalan itu berlarutan sehingga ke luar pusat hiburan.

“Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri mengesan satu video tular berdurasi tujuh saat memaparkan pergaduhan beberapa lelaki. Akibat pergaduhan itu seorang lelaki tempatan mengalami kecederaan ringan di badan.

“Susulan itu, kita berjaya menahan dua lelaki warga tempatan yang ditahan pagi tadi di sekitar Larkin, hari ini.

Kedua-dua suspek berusia lingkungan 20-an itu mengaku terlibat dalam pergaduhan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular beberapa video tular di media sosial menyaksikan mangsa dipukul oleh sekumpulan lelaki dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 4 pagi.

Rahmat berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan dengan mengesan lima lagi suspek yang dipercayai terbabit dalam kejadian pergaduhan tersebut.

Tambahnya, kedua-dua suspek yang ditahan itu ditahan reman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*