Baru-baru ini, perkongsiaan Dr Kash Mustafa di laman media sosialnya mengenai satu kisah yang dialami oleh seorang isteri ini telah menarik perhatian warganet.
2 tahun tak ‘bersama’ suami sebab trauma bersalin
Kisah tersebut menceritakan tentang seorang isteri yang ‘gagal’ memberi nafkah batin kepada suami selama dua tahun berturut-turut kerana trauma dengan keperitan yang dilalui sewaktu melahirkan anak kedua.
Menurut si isteri, biarpun sudah dua tahun dirinya melahirkan anak kedua dan kesan bersalin juga sudah pulih, dia tetap mempunyai rasa takut untuk bersama suami.
Suami kahwin senyap-senyap di Thailand
Dalam pada itu, si isteri tidak menyangka, suami yang dikenali sebagai lelaki penyayang itu sudah bernikah untuk kali kedua secara senyap di negara sebarang tanpa sebarang perbincangan.
Lebih perit, isteri kedua bukanlah orang jauh, sebaliknya adalah rakan sekerja suami sendiri.
Pada mulanya, wanita itu merasakan pengorbanan melahirkan dua orang cahaya mata sudah cukup untuk membahagiakan suami tetapi tidak rupanya.
Turut baca :
Leave a Reply