{VIDEO} “Fikir dulu baru pos…” Zainal selar sikap peminat fanatik komen biadap di media sosial

Penyanyi Datuk Zainal Abidin menyelar sikap segelintir peminat fanatik selebriti tanah air yang disifatkan sebagai biadab terutama ketika menulis sebarang komen dalam media sosial.

Zainal atau nama penuhnya Zainal Abidin Mohamed, 64, berkata, setiap komen harus ditulis dengan cara berhemah dan bukannya menghentam individu lain secara kurang ajar.

“Biadab! Mereka selalunya muat naik dulu kemudian baru hendak berfikir. Cubalah fikir dahulu, baru kongsi.

“Kalau mereka nasihat dan tegur baik-baik, saya akan terima tetapi saya pula dihentam sehingga dipanggil sebagai orang tua nak mati dan kubur sudah panggil.

“Janganlah guna bahasa kasar sebegitu. Daripada saya nak dengar nasihat, terus berubah jadi benci,” katanya kepada Kosmo! Online selepas sidang media konsert Zainal Abidin Tiba Masa di sini, hari ini.

Pelantun lagu Hijau itu turut menasihat golongan peminat yang taksub dengan artis kesayangan mereka agar menjaga adab dalam menulis setiap komen dan tidak menggores hati mana-mana pihak.

“Kita orang melayu, beragama Islam yang ada adab, akhlak dan adat.

“Meskipun orang itu berstatus ustaz sekalipun, kalau tiada adab yang baik, saya tetap tak dapat terrima nasihatnya.

“Saya okey kalau nak kutuk mengenai pemakaian rantai tetapi orang tahu ke saya bertaubat setiap malam?” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*