{VIDEO} Fasha Sandha kini bertudung? Ini jawapan empunya badan

“Maaf, tiada komen.”

Itu jawapan aktres popular, Fasha Sandha saat ditanya tentang sama ada dia kini sudah berhijab sepenuhnya kerana sering dilihat tampil dengan imej sebegitu sejak akhir-akhir ini.

Malah, sewaktu hadir ke acara Anugerah Nona Superwoman 2024 semalam, Fasha tampil jelita memakai hijab berwarna hitam sedondon dengan busananya.

Menurut Fasha atau nama lengkapnya Nur Fasha Sandha Hassan, 40, dia tidak berani untuk mengatakan ya atau tidak tentang imej yang sedang digayakannya kini.

“Saya takut sebenarnya nak komen. Saya rasa saya tidak layak untuk bercakap tentang hal-hal keagamaan kerana saya belum cukup sempurna.

“Banyak lagi kelemahan saya yang harus diperbaiki daripada saya bercakap tentang kebaikan diri saya. Saya mohon diberikan ruang dan doakan yang baik-baik untuk saya dan keluarga,” katanya.

Sementara itu, suami Fasha iaitu Aidil Aziz berkata, dia sentiasa menyokong apa sahaja yang dilakukan isterinya.

“Sebagai seorang suami sudah tentu saya mahukan yang terbaik untuk isteri saya. Jadi saya sentiasa doakan yang terbaik untuk Fasha,” ujarnya.

Terdahulu, penampilan Fasha yang dilihat memakai hijab sewaktu menghadiri majlis perkahwinan anak kepada Sheila Rusly minggu lalu mendapat perhatian ramai. Ramai yang meneka pelakon filem Anak Mami Kembali itu kini sudah berhijab sepenuhnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*