{VIDEO} “Emm lemah…” Takut ‘Iphone’ calar, lelaki gigih masukkan semula dalam kotak lepas guna

“Emm lemah…” Takut ‘Iphone’ calar, lelaki gigih masukkan semula dalam kotak lepas guna. Setiap barangan yang dibeli dengan hasil duit kumpul sememangnya mempunyai aura luar biasa, lebih-lebih lagi apabila harganya mencecah ribuan ringgit.

Mereka akan lebih berhati-hati menjaga dan menguruskan barangan tersebut demi memastikan kondisinya sentiasa berada dalam keadaan baik sepertimana mula-mula diperolehnya.

Misalnya seperti yang dilakukan lelaki ini yang mana perkongsiannya ada dimuat naik oleh pemilik akaun ‘serkop merah’ di laman Tiktok.

Dalam video yang diambil secara sembunyi itu, menyaksikan gelagat lelaki berkenaan memasukkan telefon jenama Iphone model terbaharu di dalam kotak semula selepas melihatnya.

Lebih mengejutkan, kotak yang berisi telefon tadi diletakkan pula di dalam poket seluarnya sebelum kembali menyambung kerjanya.

Ramai mentertawakan lelaki itu susulan melihat caranya yang begitu sayangkan telefon sehingga rela menyusahkan diri sendiri.

Rata-ratanya faham akan situasi berkenaan dan tak dinafikan ada juga individu di luar sana mempunyai keperibadian sepertinya.

Turut baca :

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*