Bagi seorang usahawan, mereka tahu betapa susahnya untuk mencipta nama produk agar dikenali ramai.
Bercerita tentang risiko dan cabaran, tipu lah kalau mental tak koyak tetapi mengenangkan penat lelah pekerja yang bersama berjuang dari awal, tidak berbaloi rasanya untuk mereka berputus asa.
Jadi, tidak hairanlah jika wanita ini terlalu menjaga kualiti produknya sehingga berani meninggikan suaranya menengking salah seorang pekerja yang didapati makan sambil menjahit baju.
Menerusi video yang dimuat naik, menyaksikan suasana di dalam ruang menjahit itu tegang seketika apabila wanita berkenaan yang juga merupakan usahawan kain memarahi pekerjanya.
Lebih membuatnya bengang apabila makanan ringan yang dibawa masuk oleh pekerja itu diletakkan di atas kain baju kerana bimbang mengalami kotoran.
“You fokus kerja, bukan makan…time makan saya bagi makan.”
“Kenapa time kerja, you makan?”
“You jahit betul-betul…jahit cantik-cantik…bulan ni saya nak 30,030 ribu faham, betul-betul jahit jangan salah…”
Bagaimanapun, ketegasan yang ditunjukkan kepada pekerjanya dianggap sinis pula oleh sebilangan netizen bilamana mereka merasakan caranya itu terlalu berlebihan dan biadap.
Malah, ada juga yang menegurnya supaya tidak sombong dengan sentiasa menjaga adab, hatta dengan pekerja bawahan sekalipun.
Leave a Reply