{VIDEO} Ebit Lew jumpa Pak Cik bawah jambatan, hadiahkan sebiji rumah buat ramai sebak

Ebit Lew jumpa Pak Cik bawah jambatan, hadiahkan sebiji rumah buat ramai sebak.  Penceramah bebas Ustaz Ebit Lew atau mesra dikenali sebagai UEL sekali lagi meraih perhatian orang ramai selepas dia menghadiahkan sebuah rumah untuk seorang pak cik yang tinggal di bawah jambatan.

Pada awal video yang dikongsikan oleh UEL, dia berjumpa dengan pak cik yang tidur di bawah jambatan sebelum menghulur sejumlah wang untuk digunakan sebagai belanja.

Malah, UEL juga dilihatkan meluangkan masa dengan menjemput pak cik itu untuk menaiki keretanya sebelum berikan beberapa pasang baju baru.

Disebabkan keadaan pak cik ini yang bertongkat, ramai yang sayu serta hiba kerana tidak mampu untuk menghulurkan bantuan dan tak kurang juga yang memuji tindakan UEL kerana sudi berikan bantuan pak cik tersebut.

Turut baca :

Orang yang baik, tak lari dari fitnah. Moga ustaz di murahkan rezeki dan kesihatan baik. Amin.

Allah aku berdoa pada mu, tolong panjangkan umur ustaz murahkan rezekinya sampai bila-bila.

Perkongsian yang dibuat oleh UEL itu telah mendapat lebih dari 2 juta tontonan setakat ini dengan lebih 200 ribu tanda suka.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*