{VIDEO} Dua maut, 37 cedera, bas bawa rombongan guru berlanggar dengan treler

Dua orang maut selepas sebuah bas yang membawa 39 orang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori treler di Jalan Bahau-Keratong, di sini hari ini.

Difahamkan dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi tadi itu, bas ekspres berkenaan membawa guru Sekolah Kebangsaan Jeram, Masjid Tanah, Melaka menuju ke Terengganu bagi menyertai rombongan penanda aras.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintenden Nor Azman Yusof berkata, setakat ini dua mangsa disahkan meninggal dunia.

“Saya tidak dapat memberikan maklumat lanjut tetapi ia melibatkan 30 hingga 40 orang yang mana bas telah terbalik dan jatuh ke lereng bukit.

“Setakat ini dua orang disahkan meninggal dunia dan mangsa dibawa ke Hospital Muadzam Shah,”katanya di sini hari ini.

{VIDEO} Dua maut, 37 cedera, bas bawa rombongan guru berlanggar dengan treler {VIDEO} Dua maut, 37 cedera, bas bawa rombongan guru berlanggar dengan treler {VIDEO} Dua maut, 37 cedera, bas bawa rombongan guru berlanggar dengan treler

Sementara itu menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) seramai 33 anggota dan tiga pegawai bomba bersama lima jentera bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, pihak bomba mengeluarkan semua mangsa di dalam bas yang terjunam ke dalam cerun.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*