TULAR satu video sejak Ahad memaparkan dua kanak-kanak perempuan menangis teresak-esak di sebuah tebing sungai sekali gus menjadi bualan dalam kalangan warga maya.
Manakan tidak, dalam kejadian di Sungai Kedung dekat Desa Gunungsari, Jawa Timur, Indonesia kedua-dua kanak-kanak itu menangis selepas melihat ayah mereka lemas dan kemudiannya tenggelam ke dasar sungai.
Video kejadian juga sempat dirakam oleh orang awam dan dimuat naik di platform media sosial TikTok.
“Dua kanak-kanak menangis ekoran ayahnya lemas dan tenggelam di dalam sungai,” tulisnya.
Melalui video berdurasi seminit yang dikongsikan memaparkan kedua-dua kanak-kanak tersebut yang juga adik beradik kelihatan cuba ditenangkan oleh orang awam.
Salah seorang daripada mereka dilihat memandang ke arah sungai cuba mencari ayahnya yang dikenali sebagai Harto Sudiro.
TULAR satu video memaparkan dua kanak-kanak perempuan menangis teresak-esak di sebuah tebing sungai menjadi bualan dalam kalangan warga maya.
Manakan tidak, kedua kanak-kanak itu menangis selepas melihat ayah mereka lemas dan kemudiannya tenggelam ke dasar sungai pic.twitter.com/ldw4R9571R
— Nadine Ardine (@MoMoT_Nadine) May 23, 2024
Sabtu lalu ketika cuba berenang mengambil botol air minuman.
Menurut ketua kampung Gunungsari, Minto, berdasarkan maklumat saksi, mangsa hendak memetik jagung bersama anaknya di kebun mereka yang terletak di seberang sungai berkenaan.
“Waktu kejadian, mereka menyeberangi sungai tersebut menggunakan perahu tumpang.
“Sesampainya di lokasi, Harto yang juga penanam jagung di kawasan tersebut menyedari botol airnya tertinggal,” katanya.
Jelas beliau lagi, susulan itu, mangsa bertindak berenang ke seberang sungai kerana perahu tumpang telah digunakan oleh orang lain.
“Dia akhirnya lemas kepenatan di tengah-tengah sungai tersebut dan tenggelam.
“Jarak antara lokasi mangsa yang tenggelam lebih kurang 50 meter dari tebing,”katanya.
Sementara itu, Pegawai Penyelamat dan Pemadam Kebakaran, Ngawi Purwanto berkata, mayat Harto ditemui pada Isnin iaitu sehari selepas kejadian.
“Jenazah korban telah diserahkan kepada keluarga mangsa,” katanya.
Turut baca :
Leave a Reply