Dituduh berkira tenaga, ‘rider’ perjelas sebab suruh pelanggan turun ambil makanan. Baru-baru ini, tular sebuah video menyaksikan luahan seorang pelanggan wanita berkenaan servis penghantaran makanan yang memintanya turun untuk ambil di bawah.
Dalam video itu, wanita berkenaan membuat teguran terbuka kepada ‘rider’ di luar sana untuk menjalankan tugasan dengan sempurna.
“Kalau korang tak boleh selesaikan tugasan sampai habis, korang tak layak kerja FoodPanda…sebelum ni aku okey je turun sebab rumah kena ada akses kad untuk masuk tapi sekarang dah tak perlu…”
“Kenapa suruh aku turun?”
Video itu sekaligus menjadi bualan warganet yang rata-ratanya turut meluahkan pendapat mereka berkenaan isu berkenaan.
Dalam yang menyelar tindakan wanita itu, ada juga yang bersetuju dengannya kerana menurut mereka servis ‘rider’ dibayar dan adalah sebaiknya tugasan dilakukan dengan sempurna mengikut kemahuan pelanggan.
Tampil dengan pendapatnya, seorang pemuda yang juga merupakan ‘rider’ memberitahu sebab kebanyakan ‘rider’ di luar sana enggan naik ke atas jika menghantar pesanan di rumah bertingkat seperti pangsapuri atau kondominium.
Malah, dia juga ada berkongsi pengalaman pahit yang menimpa sewaktu menghantar makanan ke tingkat atas apabila makanan di dalam beg yang perlu dihantar selepas lokasi itu hilang termasuklah beberapa barangan miliknya yang lain.
“Salah ke turun sekejap ambil makanan?”
“Mungkin bersebab rider tu suruh turun bawah , aku pernah hilang barang barang waktu hantar makanan dekat rumah flat, hilang makanan, padahal baru kejap naik hantar makanan.”
Justeru itu, dia berharap agar pelanggan di luar sana boleh bertolak ansur ketika berurusan dengan mana-mana ‘rider’ selepas ini.
Turut baca :
- {VIDEO} “Tak puas hati makan 2 sudu dah habis…” Nasi lemak mini jadi bualan
- Rasuah RM600,364.87 : Bekas setiausaha, bendahari Umno bahagian direman tujuh hari
Leave a Reply