“Disyaki ada orang ketiga…” Suami penggal kepala isteri, bawa ke balai polis.
Kecoh di media sosial akan sebuah video menyaksikan tindakan seorang lelaki berjalan sambil membawa kepala isteri yang telah dipenggal olehnya.
Menerusi paparan yang tular, difahamkan suspek bernama Nakaphodi Majhi berusia 55 tahun berasal dari Kampung Chandrasekharpur berjalan sejauh 12 km dari rumahnya untuk ke balai polis.
Namun, sewaktu dalam perjalanan beberapa orang kampung telah menangkap suspek dan menghubungi polis.
Turut dirampas adalah senjata serta kepala milik isterinya berusia 45 tahun yang dibawa bersama sewaktu kejadian.
Memetik laporan Times Of India, pihak polis mengatakan suspek meragui kesetiaan isterinya dan mereka sering gaduh.
Akibat perselisihan faham yang berlaku, mereka banyak menghabiskan masa dengan bergaduh semasa sendiri.
Polis berkata, suspek dipercayai membunuh isterinya sekitar jam 3.30 hingga 4 pagi menggunakan senjata tajam sebelum bertindak memenggal kepala.
Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga selama 25 tahun dan mempunyai dua orang anak hasil perkongsian hidup bersama.
Leave a Reply