{VIDEO} Dipuji pandai jaga batas pergaulan, Jep Sepahtu ibarat ‘satu dalam sejuta’

Dipuji pandai jaga batas pergaulan, Jep Sepahtu ibarat ‘satu dalam sejuta’.  Nama pelawak Jep Sepahtu menjadi bualan ramai di media sosial apabila pandai menjaga batas hubungan ketika bekerja bersama

kTok @anakpokyi, memaparkan beberapa sedutan episod Jep bersama pelakon wanita dalam program Sepahtu Reunion Live.

Dalam rakaman itu, Jep sentiasa mengelak daripada bersentuhan dengan tetamu jemputan yang hadir antaranya adalah Azira Shafinaz, Datin Elvina Mohamad, Nasha Aziz dan Elizabeth Tan.

rata-rata warganet memuji dengan sikap positif yang ditunjukkan penyampai radio berumur 37 tahun itu.

Kata mereka, perbuatan itu wajar dijadikan contoh kerana Jep sentiasa menjaga nama baiknya demi isteri, Sari Yanti dan juga anak-anak.

Malah, ada pengikut yang yang menyifatkan tindakan pemilik nama Muhd Nadzri Zainal Abidin itu lebih kepada sayang isteri bukannya takut.

Untuk rekod, Jep mendirikan rumah tangga bersama Sari Yanti pada 25 Februari 2017 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Dariya Inara, 4, Muhammad Khidir, 2, dan Abu Bakr, 1.

Sari juga mempunyai dua lagi cahaya mata lelaki menerusi perkahwinan terdahulu bersama bekas suami, Mohd. Eddy Casmady Che Hussien iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq.

Dipuji pandai jaga batas pergaulan, Jep Sepahtu ibarat 'satu dalam sejuta'

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*