PENIAGA di tapak pasar malam Jalan Pegawai, Alor Setar, Kedah tidak berpuas hati apabila didakwa dikasari oleh pegawai khas Menteri Besar Kedah pada Ahad.
Menerusi video tular di media sosial sejak Isnin, kelihatan beberapa peniaga membuat kecoh di perkarangan parkir kereta bersama pegawai terbabit.
Dalam video sama, kesemua mereka berkumpul di pintu pemandu kereta pegawai itu sambil meluahkan kemarahan.
Peniaga telah membuat laporan polis di IPD Kota Star..
(Tiada info lanjut)Kredit video owner pic.twitter.com/l70gAZiREW
— #UpdateInfo🇲🇾🌍 (@update11111) October 21, 2024
Seorang lelaki warga emas di kawasan itu juga dilihat meninggikan suara dengan mengatakan tindakan pegawai yang juga guru itu tidak beretika.
Pertengkaran kecil pada masa sama turut berlaku selama beberapa minit sebelum mereka bersurai.
Pegawai terbabit juga bertindak tidak keluar daripada kerusi pemandu meskipun diasak oleh peniaga terlibat.
Susulan itu, para peniaga dikatakan sudah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar berhubung kejadian tersebut.
Turut baca :
Leave a Reply