{VIDEO} Diberi jolokan ‘jalan sakaratul maut’, penduduk kampung reda laluan rosak

Diberi jolokan 'jalan sakaratul maut'

JIKA di Malaysia, negeri Sabah sering menjadi topik utama apabila berbicara mengenai keadaan jalan yang teruk dan berbahaya samada jalan raya ataupun laluan penghubung sehingga dikatakan sama seperti permukaan di bulan.

Lain pula perumpamaan di Indonesia apabila seorang penunggang motosikal menyebut jalan penghubung di Indragiri Hilir (Inhil), Riau, Indonesia sebagai ‘Jalan Sakaratul Maut’ selepas melalui kawasan itu.

Memetik laporan dari detiSumut, video tular berdurasi 34 saat menunjukkan jalan itu menghubungkan beberapa kampung di daerah Mandah, Indragiri Hilir atau tepat di Kampung Igal.

Terdapat banyak lubang besar di permukaan jalan itu dan jika diteliti laluan berkenaan hanya boleh dilalui oleh penunggang motosikal.

Video itu juga menunjukkan batang pokok digunakan untuk menutup permukaan jalan yang rosak, selain papan biasa sebagai jambatan untuk digunakan penduduk kawasan sekitar.

“Maaf semua, ini ‘Jalan Sakaratul Maut’. Jalan penghubung antara kampung. Salah langkah, boleh membawa maut,” ujar salah seorang penunggang motosikal yang hanya mampu reda melalui jalan itu.

Ketua Polis Mandah AKP Hendri Berson mengesahkan video itu di Kampung Igal dan menurutnya keadaan jalan raya di kampung itu sudah lama mengalami kerosakan.

“Keadaan sebegini sudah lama berlaku di Kampung Igal. Jika berlaku kejatuhan atau kemalangan di lokasi, kami belum menerima laporan, tetapi jika jalan rosak, betullah,” kata ketua polis itu

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*