{VIDEO} “Dia pikir macam naik bas ekspres?” Lelaki mengamuk tertinggal flight cuba malukan staf

TULAR rakaman seorang lelaki cuba bertindak memalukan pekerja lapangan terbang kerana tidak dapat memasuki pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), Sepang, Selangor pada Jumaat.

Pada awalnya, lelaki berkenaan tidak puas hati apabila pintu perlepasan ditutup 10 minit awal daripada masa berlepas (Departure Time).

Rakaman yang tular menunjukkan tindakan pelanggan itu cuba memuat naik dua muka staf untuk mengecam tetapi staf terbabit sama sekali tidak takut dipermalukan selepas dilaporkan bertindak mengikut prosedur penerbangan.

“Kami datang 10 minit awal dari masa penerbangan tetapi gate sudah ditutup,” kata pelanggan itu menerusi rakaman dengan nada marah.

Menurut laman web Air Asia, seseorang seharusnya daftar masuk bagi penerbangan sejam sebelum berlepas dari KLIA Terminal 2.

Air Asia turut menegaskan bahawa seseorang tidak akan dibenarkan menaiki pesawat jika gagal berada di pintu masuk 20 minit sebelum waktu pelepasan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengecam tindakan lelaki itu yang cuba menyalahkan syarikat penerbangan atas kesalahan sendiri.

“Dia pikir macam naik bas ekspres? Datang lambat. Boleh pesan dengan pemandu bas. ‘Sekejap pakcik, saya nak pergi tandas’,” tulis Khabar Baik.

“Kat posting TikTok dia ada hashtag human rights. Right apa, right to be dumb?,” tulis Nizam Bakeri.

“Staf itu relaks sahaja kerana mereka tahu sudah mengikuti prosedur. Mereka mungkin akan mendapat kenaikan pangkat tidak lama lagi kerana mengikut semua prosedur,” tulis Yushri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*