{VIDEO} “Dia ni dah banyak kali buat kerja tak clean…” Muka peragut rantai emas dirakam CCTV tular

“Dia ni dah banyak kali buat kerja tak clean…” Muka peragut rantai emas dirakam CCTV tular.

Seorang wanita hanya mampu berputih mata setelah rantai emas miliknya diragut seorang penunggang motosikal dalam satu kejadian di Jalan Kebun Sultan dekat Kota Bharu, Kelantan pada Rabu.

Insiden itu turut berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) di lokasi kejadian.

Video kejadian itu turut dirakam dan dimuat naik semula pengguna media sosial, Yu KH miliknya pada Khamis.

Melalui video tersebut kelihatan suspek yang menunggang motosikal warna biru dan menggunakan topi keledar penuh berada di sebuah persimpangan lampu isyarat.

Mana kala, mangsa pula dilihat sedang berjalan bersendirian sebelum didatangi suspek dari arah belakang.

Suspek kemudiannya meragut rantai wanita berkenaan dan terus beredar daripada tempat kejadian.

Sementara itu, mangsa yang diragut juga kelihatan tergamam selepas diragut dan hanya mampu melihat suspek melarikan diri menggunakan motosikal dari lokasi berkenaan.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial kagum dengan resolusi video dan CCTV yang digunakan kerajaan negeri tersebut.

Oyot Grunge turut memuji CCTV yang digunakan.

“Salute Kelantan CCTV ‘bersepah’. Semoga dipermudahkan pencarian suspek. Kalau pelaku (suspek) baca komen ini, tolong bertaubat dan cari kerja. Insya-ALLAH kau akan nasihatkan orang lain pula dengan ayat ini,” katanya.

Sementara itu, Syaimin Aman pula berkata, negeri lain seharusnya mencontohi Kelantan untuk mengurangkan kes jenayah.

“Bagus Kelantan, penuh CCTV. Walaupun kes ragut ini berlaku tetapi tidak mustahil suspek akan ditangkap dengan segera. Nampak muka suspek dengan jelas.

“Negeri lain patut mencontohi Kelantan. Semoga kita dihindari dari melakukan jenayah berat seperti ini,” katanya.

Manakala warga maya Azmi Ariffin pula mendakwa suspek merupakan individu yang sama melakukan jenayah sebelum ini.

“Macam orang yang sama ambil duit dalam raga berjumlah RM30,000 tempoh hari kalau tak silap.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*