{VIDEO} “Dia ingat nyawa dia seorang sahaja atas jalan…” Wanita dikecam pecut kereta hingga 180kmh

“Dia ingat nyawa dia seorang sahaja atas jalan…” Wanita dikecam pecut kereta hingga 180kmh.

Tindakan seorang wanita memecut kenderaan melebihi had laju di sebuah lebuh raya mendapat kecaman orang ramai.

Melalui sebuah video berdurasi 16 saat yang dikongsi di Facebook, penumpang kenderaan tersebut dilihat merakam pemandu kenderaan itu memandu sehingga mencecah kelajuan 180 kilometer sejam.

Pemandu tersebut bagaimanapun kelihatan bersahaja memandu dengan kelajuan tersebut walaupun menyedari kelakuannya itu sedang dirakam.

Bagaimanapun tidak dinyatakan bila dan di manakah kejadian itu berlaku.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan wanita itu yang dikatakan boleh membahayakan pengguna jalanraya yang lain.

“Kereta dahlah ringan, jangan fikir seronok je laju-laju. Silat sikit stereng tu, terus ke alam lain,” kata Angin Lintang.

“Semoga dipermudahkan urusan ke alam sana, menyusahkan orang lain! Dia ingat nyawa dia seorang sahaja atas jalan,” kata Natasha.

“Jangan rasa hebat sangat bawa laju-laju, mahu kena ada benda asing atas jalan itu takut tekan brek tembus lantai nanti,” kata MohdZaidi.

Sehingga kini, video berkenaan telah ditonton lebih 1.2 juta kali.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*