{VIDEO} Dakwa rempah ada bahan khinzir, wanita dikecam kongsi maklumat tak tepat

Satu video tular di TikTok mendapat kecaman selepas ia berkongsikan maklumat tidak tepat berkenaan kandungan bahan terdapat dalam produk rempah keluaran sebuah syarikat yang dipasarkan di dalam negara.

Video tersebut mendakwa maklumat dipaparkan pada produk terbabit menunjukkan rempah itu memiliki bahan terdiri daripada khinzir.

Begitupun, seorang pengguna Twitter dengan nama @KlutzyKucing berkata, maklumat dibaca oleh pemilik video itu bukanlah bahan terdapat dalam produk itu sebaliknya cadangan kegunaan masakan bagi rempah terbabit.

“Belajar bahasa Inggeris itu penting. Kesian dan bahaya bila yang tonton video pun sama-sama tak reti Bahasa Inggeris.

“Cik Kak, itu bukan ingredients atau bahan. Itu cadangan kegunaan untuk masakan apa,” katanya menerusi ciapan pada Rabu yang turut berkongsikan video tular itu.

@KlutzyKucing turut berkata, syarikat pemilik produk rempah itu seharusnya menyaman pemilik kandungan tersebut kerana menyebarkan maklumat salah.

Menjengah ruangan komen di laman sosial, pelbagai reaksi daripada orang ramai tentang video yang telah dimuat naik oleh seorang wanita yang dikenali sebagai nurshaheera.

“Salah dia sebab terlalu confident bila post. Tak semua benda boleh main upload buat content. Tak reti english, tanyalah member cerdik sikit. Malu bertanya sesat jalan. Dah memalukan Muslim lain.

“Salah siapa? Dah ni negara Malaysia, maka gunakanlah Bahasa Malaysia. Pelik betul. Cuba tengok negara lain… Malahan ada produk, katanya buatan Malaysia, tapi penerangan produk dalam bahasa Inggeris! Dan kenapa nak buli siber pada beliau yang merupakan rakyat Malaysia sendiri? Akhir sekali tidak perlu malu tak mahir dan tak fasih berbahasa Inggeris jika berurusan dalam Malaysia dan sesama rakyat Malaysia.

“Masalahnya dia faham tak terms “Use on” tu.. Knp bila nmpk tulisan PORK je semua nak claim ada benda tu dlm dia ehh? Aduhaiii… Tolonglah sesiapa pegi pesan kat org mcm ni sila baca betul2 sebelum nak tetiba kelam kabut tak tentu pasal mcm ni.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*