{VIDEO} “Dah melampau ni…” Pemandu E-Hailing mengamuk tak tentu pasal buat gadis fobia

Sebagai seorang wanita pastinya sentiasa berhati-hati apabila menggunakan pengangkutan awam ataupun E-hailing bersendirian.

Mana tidaknya, pelbagai kes yang tidak diingini menjadi pengajaran membuatkan golongan ini lebih berhati-hati.

Bagaimanapun, malang nasib seorang gadis ini apabila berdepan dengan sesuatu yang menakutkan ketika menggunakan perkhidmatan E-hailing.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok dikenali sebagai Ezzatyzaludin berkongsi detik-detik mencemaskan apabila pemandu E-hiling yang dinaiki tiba-tiba mengamuk.

Bukan itu sahaja, pemandu berkenaan juga meninggikan suara sekaligus mengentak stereng kerana dipercayai tidak puas hati dengan penumpang perempuan sebelum itu.

Meskipun hanya meluahkan rasa geram yang terbuku, namun tindakan pemandu berkenaan membuatkan gadis berkenaan ketakutan.

Rata-rata warganet meminta agar gadis berkenaan membuat laporan kepada pihak sepatutnya. Malah, mereka juga menasihati agar menggunakan perkhidmatan lain yang lebih selamat.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*