{VIDEO} “Dah lah tak handsome… Gadis ‘mulut puaka’ buat live kutuk Ex-staff belajar setakat SPM dikecam

Tidak dinafikan, persekitaran kerja yang toksik membuatkan pekerja tidak selesa

Bukan setakat tidak selesa, malah ada yang tidak tahan dengan perangai officemate yang selalu mengutuk dan bertindak negatif.

Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan dua orang gadis mengutuk bekas rakan kerja di TikTok Live. Dua orang gadis itu bekerja sebagai penjual kereta.

Menerusi video berkenaan, gadis itu mengutuk pemakaian bekas rakan kerjanya yang seperti bekerja bank.

“Dia exam tak lulus, action datang kerja, baju dah lah colour lain, patutnya pakai baju putih, seluar hitam kasut hitam, macam orang kerja bank,” katanya.

Lebih mengejutkan lagi adalah apabila gadis itu merendahkan bekas rakannya dengan berkata ‘belajar setakat SPM’.

Gadis itu juga menegaskan bahawa leader mereka perlukan lelaki yang segak, handsome dan tak sombong.

{VIDEO} "Dah lah tak handsome... Gadis 'mulut puaka' buat live kutuk Ex-staff belajar setakat SPM dikecam

“Baguslah dia berhenti kerja, dia action, dia rasa dia kacak sangat ke? Dah lah tak handsome, muka macam gayboy, muka putih melepak, lempang kang,” katanya.

Video tersebut ‘kantoi’ dekat bekas rakan kerja

Disebabkan tidak tahan dengan perangai rakan kerja yang toksik, lelaki itu berhenti kerja.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*