{VIDEO} Cubaan rompak trak kargo gagal, penjenayah putus kepala selepas motosikal dinaiki langgar pengadang jalan

SEORANG penjenayah yang cuba merompak sebuah trak kargo di lebuh raya ‘Red Line’ terbunuh dalam satu kemalangan ngeri di daerah Rio de Janeiro, Brazil baru-baru ini.

Menerusi laporan media, sekumpulan penjenayah sedang merancang untuk merompak sebuah trak kargo itu sebelum rancangan mereka gagal selepas dilanggar pemandu kenderaan tersebut.

Akibat pelanggaran dengan trak kargo itu, salah seorang daripada kumpulan penjenayah tersebut maut di lokasi kejadian akibat kecederaan serius yang dialaminya.

Media antarabangsa melaporkan kepala penjenayah itu terputus selepas motosikal dinaiki melanggar pengadang jalan.

Menurut pemandu trak kargo itu, dia sedar bahawa kumpulan penjenayah itu mengekori kenderaan dan cuba mendekatinya semasa di atas lebuh raya.

Semasa dalam perjalanan, sekumpulan penjenayah itu menunjukkan senjata seolah-olah memberi isyarat mahu memulakan rompakan sebelum pemandu trak itu menekan minyak untuk menyelamatkan diri.

Disebabkan perbuatan pemandu trak itu, salah seorang kumpulan penjenayah tersebut merempuh pengadang sehinggakan kepalanya terpisah daripada badan, manakala yang lain berjaya melarikan diri.

Pemandu trak itu tidak menghentikan kenderaan kerana khuatir dirompak dan terus memandu ke Maré Military Police Battalion untuk mendapatkan bantuan.

Pihak polis menutup kawasan kejadian bagi tujuan siasatan sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas di lebuh raya berkenaan.

Sehingga kini, pihak polis masih menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian ngeri itu.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*