{VIDEO} CCTV ‘dedah’ lelaki pindahkan bagasi berisi tubuh teman wanita

Uswatun Khasanah, 29, merupakan seorang ibu tunggal anak dua dari Indonesia yang ditemui dalam keadaan menyayat hati. Tubuhnya dimuatkan ke dalam sebuah bagasi merah yang kemudiannya dibuang ke sebuah pusat pembuangan sampah. Lebih mengejutkan lagi, kepala serta kedua-dua belah kakinya telah dilemparkan ke lokasi-lokasi yang berbeza.

Rakaman CCTV Rohmad memindahkan tubuh Uswatun dalam bagasi tersebar meluas

Pun begitu, taktik Rohmad Tri Hartanto yang kononnya licik melupuskan semua bukti berjaya digagalkan setelah pihak polis menemukan kesan cap jarinya. Setelah ditangkap, rakaman CCTV menyaksikan lelaki ini membawa keluar bagasi berisi tubuh Uswatun dari sebuah pusat penginapan juga sempat tular di media sosial.

Ekspresi muka yang sangat mendatar…Rohmad digelar sebagai ‘psikopat’

But kereta sudah dibuka lebih awal, Rohmad dengan penuh tenang bertindak mengangkat bagasi merah itu meskipun terdapat seorang lelaki sedang berada di kerusi luar memerhatikan pergerakannya. Dia langsung tidak menunjukkan bahasa tubuh atau ekspresi muka ketakutan ketika memindahkan tubuh Uswatun ke dalam kereta.

Kereta Uswatun rupanya sudah dijual terlebih dahulu

Maklumat lanjut melaporkan, Rohmad berjaya menjual kereta SUV milik Uswatun kepada seseorang di Surabaya dengan harga Rp57 juta (sekitar RM16,530) sebelum melancarkan jenayah terbabit. Suspek yang berusia 33 tahun juga merupakan salah satu ketua cawangan sebuah persatuan Silat Pencak di Kabubaten Tulungagung, Jawa Timur.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*