TULAR sebuah video dalam media sosial menunjukkan dua penunggang motosikal bertindak secara berbahaya apabila bertindak mengejar dan menahan sebuah bas dalam kejadian di Jatim, Indonesia.
Menurut laporan Kumparancom, dua lelaki itu dipercayai di bawah pengaruh alkohol bertindak mengejar dan memberi arahan kepada pemandu bas untuk memberhentikan kenderaan.
Tanpa menghiraukan keselamatan diri, dua lelaki terbabit memberhentikan motosikalnya di hadapan kenderaan itu sebelum membuka tingkap bas dan memukul pemandu bas tersebut.
Saksi kejadian, Kasri, 60, berkata, dua lelaki itu kelihatan mabuk dan berusaha untuk memberhentikan bas sebelum dipukul oleh orang ramai yang berada di lokasi kejadian.
“Mereka berusaha menghentikan bas, dua penunggang motosikal itu nampak mabuk, akhirnya mereka dipukul oleh penduduk setempat,” katanya.
View this post on Instagram
Ketika pemandu bas itu dipukul oleh kedua-dua lelaki terbabit, penumpang yang menaiki kenderaan tersebut turut turun untuk memukul dua penunggang tersebut.
Pergaduhan itu berlaku sebelum pihak polis hadir ke tempat kejadian untuk menghentikan insiden tersebut.
Jurucakap polis tempatan, mengesahkan perkara tersebut namun belum boleh memberikan sebarang butiran lanjut kerana kes itu masih lagi dalam siasatan.
Turut baca :
Leave a Reply