{VIDEO} Bungkusan kecil diikat benang ditemui atas kubur bapa Muhyiddin

AHLI keluarga bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meluahkan rasa kecewa selepas menemui bungkusan kecil yang diikat benang seakan-akan buhul sihir di atas kubur Allahyarham Tuan Guru Mohamad Yassin Muhammad pada Isnin.

Lebih mengejutkan buhul sihir tersebut ditemukan ketika menziarahi pusara tersebut pada pagi Hari Raya Aidiladha.

Allahyarham Mohamad Yassin merupakan ayah kepada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menerusi perkongsian Danial Farhan di TikTok memaparkan banyak bungkusan kecil tersebut di atas pusara Allahyarham di Tanah Perkuburan Islam Bakri Batu 1, Muar, Johor.

 

Di ruangan komen TikTok itu, King of Daddy berkata, buhul sihir adalah sihir untuk membunuh atau menyebabkan sasaran sihir lumpuh anggota badan.

Fabimoir pula berkata, buhul sihir atas kubur biasanya ditujukan kepada arwah semasa hidup dan diletakkan di atas kubur sebagai pelepas ikatan antara penyihir dan peminta sihir.

“Buhul ni kalau ada dekat kubur jangan angkat bang. Nanti kena pada ahli keluarga pula. Buhul tu tanda ikatan sihir terputus dengan arwah, jadi dikhuatiri kalau angkat (guna tangan) takut ahli keluarga pula kena. Semoga sentiasa dalam lindungan ALLAH,” komen @hambaallahabadi1.

Allahyarham Mohamad Yassin meninggal dunia pada 1975 pada usia 73 tahun.

Pada 1955, Allahyarham menerima Pingat Sultan Ibrahim sebagai pengiktirafan beliau sebagai seorang daripada 40 tokoh ulama Johor.

Sebelum itu, video terbabit mendapat perhatian ramai yang ingin mengetahui tentang bungkusan tersebut.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*