{VIDEO} “Tiba-tiba ia bergerak…” Bungkusan dibalut menyerupai jenazah undang ‘seram’

Sebuah video yang tular di media sosial Indonesia memaparkan satu bungkusan yang dibalut menyerupai jenazah, lapor laman berita Suara.com semalam.

Berdasarkan video yang dikongsikan di laman Instagram tersebut, seorang pekerja penghantaran dilihat mengangkat bungkusan itu yang dibalut rapi dan kemas.

Bungkusan itu diikat menggunakan tali rafia dan mempunyai saiz manusia sebenar.

Ia juga dapat diletakkan di atas kerusi dalam keadaan seperti seseorang yang sedang duduk.

Isi bungkusan itu masih tidak diketahui, namun ramai netizen berpendapat ia berkemungkinan adalah patung manusia.

“Seram betul kalau terima bungkusan begini waktu malam. Tiba-tiba sahaja ia bergerak,” kata seorang netizen.

“Kalau bertemu dengan polis, pasti penghantar bungkusan disuruh berhenti,” ujar seorang lagi pengguna media sosial

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*