{VIDEO} “Bukan penyokong Najib…” Lelaki misteri muncul tiba-tiba, kecoh diluar mahkamah undang tanda tanya

“Bukan penyokong Najib…” Lelaki misteri muncul tiba-tiba, kecoh diluar mahkamah undang tanda tanya.  Sejak beberapa hari ini, media sosial terus dipenuhi dengan perkembangan semasa kes perbicaraan melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Bukan itu sahaja, penyokong bagi pihaknya juga ikut sama turun padang bagi menjadi yang terawal mendengar keputusan mahkamah berhubung kes melibatkan bekas Perdana Menteri itu.

Terbaharu, tular sebuah rakaman video menyaksikan seorang lelaki tak dikenali membuat kekecohan di luar Mahkamah Kuala Lumpur ketika sedang berlangsungnya perbicaraan kes 1MDB, sebentar tadi.

Kekecohan dan provokasi yang dibuat itu dilaporkan berlaku sekitar jam 12.10 tengahari dan kemudiannya ditahan polis bagi mengawal semula keadaan sebelum diiring keluar daripada mahkamah.

Bagaimanapun, penyokong setia Datuk Seri Najib Razak iaitu Datuk Seri Said Nazar menyatakan bahawa lelaki terbabit bukan dari kalangan penyokong Najib.

Turut baca

 "Bukan penyokong Najib..." Lelaki misteri muncul tiba-tiba, kecoh diluar mahkamah undang tanda tanya

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*