“Bukan nak tolong…” Bergaduh lepas kemalangan, suami isteri serang penunggang motosikal . Sepasang suami isteri akhirnya berjaya diberkas polis selepas video pergaduhan mereka dengan penunggang motosikal tular di media sosial.
Dalam paparan yang dikongsi oleh Jabatan Netizen Malaysia, memaparkan detik pertelingakahan yang berlaku antara kedua-dua belah pihak selepas mereka bertembung di persimpangan lampu isyarat di Jalan Semarak.
Suami isteri ditahan bergaduh dengan 2 lelaki dalam kemalangan di Jalan Semarak, Kuching pada 5.20 petang semalam.
Hasil semakan mendapati suspek lelaki mempunyai 7 rekod lampau melibatkan jenayah dan dadah.
Suspek wanita pula mempunyai 3 rekod jenayah dan dadah. pic.twitter.com/PaMKTc6Xgl
— Jabatan Netizen Malaysia (@jnmalaysia) September 14, 2022
Bukan ingin membantu, sebaliknya wanita berkenaan turun dari kereta sambil memarahi penunggang serta pembonceng motosikal manakala suaminya pula merempuh sekali lagi motosikal itu sekali lagi sebelum beredar meninggalkan lokasi kejadian.
Hasil siasatan, polis mendapati suspek lelaki mempunyai 7 rekod lampau melibatkan jenayah dan dadah.
Sementara suspek wanita pula mempunyai 3 rekod jenayah dan dadah.
Turut baca :
- Video promosi program kementerian terima kritikan ‘panas’ wargamaya
- {VIDEO} Dituduh berkira tenaga, ‘rider’ perjelas sebab suruh pelanggan turun ambil makanan
Leave a Reply