[VIDEO] Budak jual mangga tepi jalan tertidur dalam longkang undang sebak

Budak jual mangga tepi jalan tertidur dalam longkang undang sebak .  Setiap kali bercerita mengenai kesusahan yang dihadapi, pasti ramai yang mengakui bahawa dirinya susah sedangkan kadang-kadang kita lupa untuk bersyukur dengan nikmat dan rezeki yang diberikan oleh Allah SWT.

Lebih menyedihkan apabila masih ada golongan yang betul-betul susah sehingga tiada duit untuk membeli makanan, minuman serta tempat untuk berteduh.

Ketika kanak-kanak lain sedang nyenyak tidur dalam bilik yang selesa, namun terdapat seorang kanak-kanak perempuan gigih mencari rezeki di Sepanggar, Kota Kinabalu. Perkara berkenaan secara tidak langsung mengundang sebak warganet.

Hendak dijadikan cerita, seorang wanita dikenali sebagai Deyla Habib berhenti di persimpangan sebuah lampu isyarat, ketika itu dia ternampak kanak-kanak terbabit sedang tidur di dalam longkang sambil memegang payung kerana hujan. Lebih meruntun lagi apabila rupa-rupanya kanak-kanak perempuan itu berada di sana kerana ingin membantu keluarganya untuk menjual buah mangga.

Saya panggil dia beberapa kali baru dia dengar dan datang ke kereta. Ya Allah menangis tengok adik ni. Bila saya tanya mana mama dia, dia cakap mama dia pergi ambil adik dia.

Dalam pada itu, Deyla sempat menghulurkan duit sebanyak RM2.00 kepada si cilik itu kerana dia tidak membawa wang yang banyak. Bagaimanapun pada keesokan harinya, wanita terbabit kembali ke lokasi yang sama untuk memberikan sumbangan lagi. Malah, dia sempat bertemu dengan rakan-rakan serta abang kanak-kanak tersebut yang sedang menjual juga.

Alhamdulillah dia masih sihat hari ini dan mampu tersenyum bersama abang dan kawan-kawan yang lain.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*