{VIDEO} Budak 7 tahun mangsa dera ibu dan pengkid, kesan cucuhan api rokok atau seterika panas

SEORANG kanak-kanak berusia tujuh tahun disyaki menjadi mangsa dera seorang lelaki dan wanita dipercayai penjaga kepada budak malang tersebut.

Kejadian itu dibongkar penduduk sekitar yang berada di kawasan perumahan Bandar Layangkasa, Pasir Gudang, Johor baru-baru ini.

Insiden itu turut dirakamkan oleh penduduk setempat yang merakam situasi semasa dengan budak itu berada dalam keadaan ketakutan dan menangis teresak-esak.

“Mana anak kau? Bawa keluar anak kau sekarang. Kau buat apa dengan anak kau ni?

“Astaghfirullahalazim… Kau ada otak ke tak ada otak? Ini kes dera bodoh,” kata salah seorang jiran.

Bagaimanapun, lelaki dan wanita berkenaan juga dilihat menangis teresak-esak apabila jiran-jiran mula menyelak bahagian belakang baju budak lelaki itu untuk melihat bukti penderaan.

Lebih mendatangkan kemarahan penduduk, mereka mendapati belakang badan kanak-kanak tersebut mengalami luka yang teruk dipercayai akibat didera.

Daripada kesan luka itu ada kemungkinan budak malang itu didera dengan kesan cucuhan api rokok atau seterika panas.

Situasi itu mendatangkan kemarahan jiran sekeliling yang difahamkan segera bertindak melaporkan kejadian itu kepada pihak polis.

Namun begitu, setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan media yang dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian tersebut.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*