Baru-baru ini tular satu video di media sosial memaparkan seekor buaya menghantar jasad seorang kanak-kanak ke pinggir sungai. Lebih mengejutkan apabila melihat keadaan jasad tersebut ‘sempurna’ tanpa ada satu pun bekas gigitan.
Memetik laporan Regional Kompas, kanak-kanak yang dikenali sebagai Muhammad Ziyad Wijaya berusia empat tahun dipercayai hilang sebelum dia ditemui mati akibat lemas di perairan kawasan Muara Jawa, Kalimantan Timur di Indonesia. Difahamkan, kali terakhir mangsa dilihat sedang bermain di sekitar sungai berhampiran rumahnya pada 18 Januari lalu. Tidak lama kemudian, mangsa tidak kelihatan cuma mainannya sahaja yang berada di lokasi kejadian.
Sejak daripada itu, ahli keluarga cuba mencari mangsa namun tidak berjaya sehinggalah mereka melihat seekor buaya berada di tengah sungai sambil membawa satu mayat manusia ke pinggiran. Kejadian tersebut turut disaksikan oleh ahli keluarga yang menunggu di tepi sungai. Ternyata, jasad tersebut merupakan milik Ziyad. Hasil pemeriksaan juga mendapati mayat Ziyad tidak mempunyai sebarang kesan luka atau gigitan.
Jasad Ziyad kemudian dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut sebelum dikebumikan oleh pihak keluarga.
ini videonya beredar di grup wa, anak tersebut hilang hari rabu, dan info warga sekitar, buaya tersebut mengantarkan anak itu ke permukaan. pic.twitter.com/FiXFxl0c6y
— juple (@pentolrebuss) January 20, 2023
Leave a Reply