“Buang barangan EX kot…” Netizen tak sampai hati tengok ‘sampah’ mahal dibuang. Rata-rata dalam kalangan kita, baik lelaki mahupun perempuan, suka membeli sesuatu barangan kononnya ingin ‘reward’ diri.
Lebih mengagumkan, mereka tidak kisah berhabis ribuan, malah jutaan ringgit untuk barangan tersebut, asalkan dapat memenuhi keinginan tersebut menggunakan duit hasil dari ‘titik peluh’ sendiri.
Pun begitu, menjadi tanda tanya adakah barangan tersebut akan terus digunakan, disimpan, diberi kepada orang atau dibuang kerana ketiadaan ruang lagi di rumah?
Mengambil pendekatan dari perkongsian awie97, memaparkan situasi bilamana dia menemui sebuah beg plastik sampah berwarna hitam di kawasan perumahan.
Dia yang pada ketika itu sedang melakukan kerja pembersihan, terdorong untuk melihat isi di dalam plastik berkenaan dan apa yang ditemui adalah barangan aksesori wanita.
Antara barang di dalam bungkusan itu adalah beg tangan, perhiasan kecantikan wanita, dompet, cermin mata dan minyak wangi.
Melihat keadaan barangan yang masih elok membuatkan netizen berandaian itu mungkin barang pemberian daripada bekas kekasihnya.
Selain itu, ada juga mengatakan bahawa kejadian sebegitu adalah biasa dilakukan oleh segelintir dari kalangan mereka kerana sudah bosan menggunakan barang tersebut.
Leave a Reply