Bimbang dipukul ibu sebab tak bawa balik cukup wang, budak lelaki tidur tepi rumah orang menangis kenang nasib.
Tular satu kejadian menyayat hati dipercayai berlaku di Jakarta, Indonesia yang menyaksikan seorang kanak-kanak tertidur di bahagian luar tepi kediaman orang awam kerana takut pulang ke rumah selepas gagal untuk mendapat wang untuk keluarganya.
Difahamkan, kanak-kanak terbabit bekerja sebagai penghibur jalan dengan menjadi ‘manusia perak’ di ibu kota tersebut.
Bagaimanapun, ketika ditanya oleh perakam video berkenaan, budak lelaki berkenaan memaklumkan dia tidak dapat membawa pulang hasil pekerjaannya itu kerana wang tersebut diambil oleh rakannya.
Lebih mengejutkan, dia turut memberitahu bahawa dirinya berkemungkinan akan dipukul oleh ibunya jika tidak membawa pulang wang yang mencukupi.
Perkara itu dikatakan menjadi punca menyebabkannya tidur di lokasi berkenaan.
WAHAI PENGUASA YG SEDANG BERPESTA PORA, APAKAH KALIAN TIDAK PERNAH MENGLIHAT PENDERITAAN RAKYAT SEPERTI ITU? MEREKA ADA DI MANA2. BUKANKAH MEREKA JUGA PEMILIK NEGRI INI DAN BERHAK MENIKMATI HASIL BUMINYA. KALIAN BENAR2 TIDAK PUNYA HATI NURANI DAN HANYA MEMPERKAYA DIRI.. 😡ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ pic.twitter.com/VzyKEWZZvo
— bantoro_ (@Boediantar4) September 26, 2024
Berdasarkan klip terbabit, kanak-kanak terbabit dilihat terbaring tertiarap di atas tanah sambil dan didengar menangis kesedihan ekoran situasi yang dialaminya itu.
Video berkenaan turut memaparkan keadaan wajahnya yang masih dilumuri dengan bahan pewarna berwarna perak.
Ketika ditanya oleh orang awam yang merakam kejadian tersebut, kanak-kanak malang itu memaklumkan dirinya sudah tidak bersekolah.
Klip terbabit tular selepas ia dikongsikan oleh pemilik akaun TikTok, dunianyata2024 pada 20 September lalu.
Dalam pada itu, difahamkan, orang ramai yang berada di lokasi kejadian turut memberikan wang tambahan kepada kanak-kanak terbabit untuk membolehkannya segera pulang ke rumah.
Turut baca :
Leave a Reply