{VIDEO} “Bikin ramai tersentuh…” 2 beradik rela duduk bawah jambatan lepas bapa kahwin lain

Baru-baru ini, tular di media sosial akan kisah dua pemuda yang merupakan adik beradik apabila terpaksa duduk di bawah jambatan setelah bapanya berkahwin lain.

Menerusi perkongsian pengguna Facebook dikenali sebagai Raja Anita Raja Mukhtar, memaklumkan pemuda yang berusia 27 dan 25 tahun itu memilih untuk berdikari apabila setelah ibunya meninggal dunia manakala bapanya pula membina keluarga baru.

{VIDEO} "Bikin ramai tersentuh..." 2 beradik rela duduk bawah jambatan lepas bapa kahwin lain

Lebih sebak lagi apabila pemuda berkenaan memaklumkan dia tidak kisah tempat yang kecil asalkan ada tempat berteduh.

Tidak hanya itu sahaja, difahamkan si abang dikatakan mengalami tekanan disebabkan masalah yang mereka hadapi.

Menurut pengguna Facebook berkenaan, mereka dipercayai mempunyai 5 orang adik beradik dan di antara mereka ada yang mengikut bapanya.

Bagaimanapun, mereka memilih untuk tinggal di bawah jambatan sejak beberapa bulan lalu sambil mencari sesuap nasi memandangkan sudah dewasa.

Rata-rata warganet bersimpati akan nasib dua beradik itu. Meskipun masih muda kedua-duanya, namun mereka berpendapat bahawa pergerakkan adiknya terbatas kerana keadaan abangnya yang kurang sihat.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*