Biadapnya! Wanita Arab tunjuk jari tengah lepas minta sedekah.
Seorang wanita warga Arab bertindak biadab selepas kegiatannya yang dipercayai menjalankan sindiket meminta sedekah di sekitar ibu kota, Kuala Lumpur terbongkar.
Berdasarkan video berdurasi 22 saat yang tular sejak Jumaat, wanita itu dilihat berang dan mengangkat jari tengah kepada lelaki yang merakamkan perbuatannya itu.
Menerusi klip berkenaan, dia melakukan kegiatan berkenaan bersama pasangannya yang juga lelaki warga Arab dan seorang kanak-kanak yang dibawa dengan menggunakan stroller.
Di dalam video terbabit, individu yang merakam pasangan berkenaan turut didengar mahu mengadukan perkara tersebut kepada pihak berkuasa.
— MYNEWSHUB (@mynewshub) September 8, 2023
Insiden berkenaan berlaku berdekatan dengan pusat beli-belah Suria KLCC, Kuala Lumpur dengan waktu serta hari sebenar kejadian tidak dapat dipastikan.
Dalam pada itu, di ruangan komen, rata-rata warganet turut berkongsikan pengalaman mereka berhadapan modus operandi pasangan berkenaan yang didakwa meminta sedekah dengan cara memaksa orang ramai di sekitar kawasan terbabit.
“Mereka selalu datang ke premis tempat saya bekerja dan meminta sedekah kepada pelanggan kami. Ia menyebabkan pelanggan tidak selesa,” tulis naterhasan.
“Dekat Masjid Kuala Lumpur ni, bersepah. Guna budak kecil. Guna nama Palestin. Lagi-lagi lepas solat Jumaat. Kita ini digalakkan bersedekah, tapi biar berpada-pada,” kata catsyaz.
“Memang banyak yang macam ni. Tiba-tiba muncul entah dari mana. Siap angkut anak minta sedekah. Orang tak bagi dia jeling-jeling. Pelik. Penguatkuasa tak nampak atau memang tiada undang-undang yang boleh kawal? soal MillahOrched.
“Geram betul peminta sedekah macam ini, bila orang tak bagi, kau marah dan paksa-paksa,” ujar VillarPerosa.
Belum ada sebarang kenyataan pihak berkuasa berhubung insiden itu setakat ini.
Leave a Reply