{VIDEO} “Betul cari gaduh ni…” Wanita bengang jiran letak tong sampah halang laluan

“Betul cari gaduh ni…” Wanita bengang jiran letak tong sampah halang laluan

Baru-baru ini tular di media sosial akan video yang memaparkan laluan jalan raya dihalang oleh tong sampah dipercayai dilakukan jiran tertangga di kawasan tersebut.

Dalam video yang dimuat naik oleh Shakina Md Said itu memaparkan seorang kanak-kanak menarik tong sampah yang mengganggu laluan kawasan tersebut.

Bagaimanapun, muncul juga seorang wanita bersama telefon menolak semula tong sampah berkenaan di laluan tersebut malah dipercayai ingin merakam kejadian.

Menurut Shakina Md Said, perkara itu dilakukan kerana tidak mahu kereta lalu lalang di hadapan rumahnya

Rata-rata warganet berharap agar pihak berkuasa mengambil tindakan akan kelakuan tersebut. Bukan itu sahaja, warganet juga turut mengecam akan tindakan itu.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*