{VIDEO} “Bertengkar di jalan raya…” Angkara tayang gari, pencen polis diburu

Tular di media sosial memaparkan pemandu kereta bertengkar di jalan raya menjadi perhatian ramai.

Menurut kenyataan yang dimuat naik oleh pengguna Facebook dikenali sebagai Cik Sue ini memaklumkan dirinya terkejut apabila pemandu tersebut menunjukkan gari ke arahnya.

Susulan itu, pihak polis mengesan seorang individu dipercayai terlibat dalam insiden tersebut di Jalan Seremban-Tampin berhampiran Pedas, Negeri Sembilan.

Menurut Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, pihaknya menerima laporan daripada pemandu lori berusia 32 tahun di Balai Polis Pedas semalam.

Katanya, mangsa berasa bimbang dengan keselamatan dirinya susulan pergaduhan mulut dengan suspek selepas lelaki itu mengeluarkan sepasang gari.

“Kejadian berlaku kira-kira pukul 5.10 petang ketika mangsa sedang memandu kereta sebelum sebuah Proton Saga memasuki laluannya dan berlaku antara kedua-dua mereka.

“Pemandu kereta Proton Saga berkenaan kemudian mengeluarkan gari dan mangsa meneruskan perjalanan sebelum membuat laporan polis,” katanya.

Tambahnya, polis telah mengenalpasti pemandu kereta berusia 60-an berdasarkan maklumat yang diberikan mangsa. Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*