{VIDEO} “Bertembung jadual bertugas ni…” Gelagat 2 peminta sedekah acah patah tengkuk jadi perhatian

“Bertembung jadual bertugas ni…” Gelagat 2 peminta sedekah acah patah tengkuk jadi perhatian.   Menjual beli di jalan raya yang sesak pastinya menjadi satu kesalahan. Namun, ada sahaja pihak yang tidak mempedulikan keselamatan diri.

Tidak hanya itu, peminta sedekah juga mengambil kesempatan dengan meraih simpati pengguna jalan raya demi mengaut keuntungan mereka.

Bagaimanapun, lain pula yang dikongsikan oleh pengguna TikTok Syai990 ini apabila memaparkan gelagat dua peminta sedekah di jalan raya.

Apa yang menjadi perhatian adalah dua peminta sedekah berkenaan masing-masing mempunyai balutan dileher seolah-olah cedera di bahagian tersebut.

Walau bagaimanapun, kedua-dua mereka itu dilihat sihat berjalan sana sini malah mampu menoleh ke kiri dan kanan dengan baik.

Rata-rata warganet terhibur melihat kejadian tersebut. Bahkan, mereka juga berseloroh bahawa peminta sedekah berkenaan tersilap jadual bertugas.

Namun, ada juga yang bertanya akan tindakan pihak berkuasa mengenai perkara seperti ini.

"Bertembung jadual bertugas ni..." Gelagat 2 peminta sedekah acah patah tengkuk jadi perhatian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*