{VIDEO} “Berpantang maut sebelum ajal… Tiga warga emas berhadapan detik cemas, Alza dinaiki dihempap pokok

Tiga warga emas dan seorang wanita berhadapan detik cemas selepas kenderaan pelbagai guna Perodua Alza dinaiki dihempap sebatang pokok dalam kejadian di Kilometer 48.5 Jalan Batu Pahat – Mersing berhampiran Taman Desa di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian berlaku pada pukul 11.30 pagi melibatkan dua orang lelaki serta dua wanita masing-masing berusia 58 hingga 63 tahun.

Katanya, ketika kejadian, Perodua Alza yang dipandu Mohamad Din Siron, 62, itu daripada Ayer Hitam menuju ke bandar Kluang.

“Ketika sampai di lokasi kejadian, sebatang pokok yang berada di tepi jalan (sebelah kiri kereta) secara tiba-tiba tumbang lalu menghempap kenderaan mangsa.

“Akibat kejadian itu, Mohamad Din Siron, Aini Saleh, 63, Normah Za’Abah, 58, mengalami kenderaan dan dirawat di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang manakala Mokhtar Siron, 60, tidak cedera,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Menurut Bahrin lagi, mangsa berempat itu difahamkan datang dari Melaka untuk melawat seorang saudaranya yang dirawat di HEBHK.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*