{VIDEO} “Berpantang maut sebelum ajal….” Lelaki cedera, muka terbelah kena hayunan kapak seberat dua kilogram

“Berpantang maut sebelum ajal….”

Itulah ungkapan tepat untuk menggambarkan nasib Ben Rimmer yang nyaris maut selepas terlibat dalam satu insiden amukan di sebuah kedai serbaneka Enmore, Sydney Australia, pada sekitar Januari 2017.

Dalam kejadian yang turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian itu, seorang lelaki transgender bertindak ganas apabila menyerang beberapa orang awam dengan menggunakan kapak seberat dua kilogram.

Pada waktu kejadian, suspek yang kemudiannya dikenali sebagai Evie Amati pada awalnya dilihat memasuki melalui pintu hadapan kedai tersebut dengan membawa senjata berkenaan dan meronda di bahagian dalam premis tersebut.

Selepas daripada itu, dia seterusnya bertindak menghampiri Ben yang ketika itu sedang menunggu untuk membuat pembayaran.

Bagaimanapun, Evie kemudiannya secara tiba-tiba bertindak menghayunkan kapaknya ke arah Ben.

“Saya masih ingat detik-detik ketika serangan tersebut kerana saya menoleh melihat suspek pada saat-saat akhir sebelum dia menyerang.

“Jika tidak, hayunan kapak itu pasti akan membelah kepala saya. Saya pasti tujuannya bertindak sedemikian adalah bertujuan untuk membunuh orang. Saya hanya bernasib baik kerana tidak terkorban,” kata Ben.

Akibat serangan tersebut, muka Ben dilaporkan terbelah selepas terkena hayunan kapak berkenaan.

“Saya pada awalnya tidak sedar mengenai kecederaan yang dialami tidak. Ia mengambil mengambil masa kira-kira 30 saat sebelum saya terjatuh sakit dan terlentang dengan darah yang banyak,” ujarnya.

{VIDEO} "Berpantang maut sebelum ajal...." Lelaki cedera, muka terbelah kena hayunan kapak seberat dua kilogram
Evie dilaporkan berada di bawah pengaruh dadah ketika melakukan serangan rambang tersebut.

Ekoran kejadian berkenaan, kecederaan pada wajah terpaksa dicantumkan dengan menggunakan plat titanium.

Dalam insiden tersebut, Evie yang berada di bawah pengaruh dilihat turut cuba menyerang pemilik kedai tersebut dengan senjata sama.

Serangan itu dipercayai berpunca selepas Evie dikatakan mengalami masalah dalam perhubungan peribadinya.

Mahkamah pada awalnya menjatuhkan hukuman selama empat tahun setengah dengan peguamnya mendakwa kejadian berkenaan berpunca akibat masalah tekanan yang berlaku selepas operasi pembedahan pertukaran jantina.

Bagaimanapun, hukuman berkenaan kemudiannya dinaikkan kepada penjara sembilan tahun pada 2019 kerana cubaan membunuh.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*